LATAR BELAKANG DAERAH

Daerah Beaufort terletak 90 km dari Kota Kinabalu di Bahagian Pedalaman, Sabah. Ia diterokai pada tahun 1898, dan tertakluk di bawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara). Daerah ini dinamakan bersempena dengan nama seorang gabenor dalam Kerajaan British Utara iaitu L.P Beaufort.

Secara amnya, Daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan Daerah Kecil Membakut. Daerah ini bersempadan dengan daerah Sipitang di Selatan, Daerah Kuala Penyu di sebelah Barat, Daerah Tenom di Timur dan Daerah Papar di Utara.

Daerah Beaufort boleh dihubungi melalui jalanraya dan keretapi dari Kota Kinabalu. Berikut merupakan jalanraya yang menghubungkan Daerah Beaufort:

i. Jalanraya Kota Kinabalu/Beaufort : 90 km
ii. Jalanraya Papar/Beaufort: 54 km
iii. Jalanraya Kuala Penyu/Beaufort: 35 km
iv. Jalanraya Beaufort/Sipitang: 45 km
v. Jalanraya Beaufort/Tenom : 49 km

Jawatan Kuasa Pembangunan Dan Keselematan Kampung (JPKK)



1. Pentadbiran dan pengurusan pembangunan masyarakat di peringkat kampung dapat dilaksanakan dengan lebih tersusundan teratur
selaras dengan kehendak kerajaan.

2. Akiviti-akiviti pembangunan masyarakat dapat diselaraskan dan digerakkan dengan lebih baik dan tepat pada sasaran di peringkat
kampung.

3. Perancangan pembangunan kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dan rakyat boleh bertindak balas terhadap perancangan /
masalah yang dihadapi.

Ketua Kampung

1. Ketua Kampung adalah pemimpin masyarakat yang perlu menjalankan akiviti-akiviti kemasyarakatan dibawah seliaan Penghulu mukim
dan Pegawai Daerah.

2. Mencadangkan projek - projek pembangunan untuk kampung kepada penghulu Mukim atau Pegawai Daerah.

3. Memantau dan melaporkan status kemajuan projek-projek pembangunan dalam kampung kepada Penghulu
mukim atau Pegawai daerah

4.Berkhidmat kepada masyarakat dengan mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk

5. Bertindak sebagai pengerusi Majlis Ketua KAmpung (MKK) yang peerluy melantik seramai lima hingga sepuluh orang ahli MKK

WAKIL RAKYAT

PARLIMEN P.176 KIMANIS

YB Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Pendidikan II
Merangkap Ahli Parlimen P.176 Kimanis



PARLIMEN P.177 BEAUFORT

YB Datuk Siti Aminah Binti Aching
Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen P.177 Beaufort



PARLIMEN P.178 SIPITANG

YB Datuk Matbali Bin Musah
Ahli Lembaga Pengarah
Lembaga Pertubuhan Peladang
Merangkap Ahli Parlimen P.178 Sipitang




DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.31 MEMBAKUT

YB Datuk Haji Mohd Arifin Bin Mohd Arif
Menteri Tugas-Tugas Khas
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.31 Membakut



DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.32 KLIAS

YB Datuk Isnin Bin Haji Aliasnih @ Liasnih
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.32 Klias



DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.34 LUMADAN

YB Tuan Haji Ruslan Bin Muharam
Pembantu Menteri kepada
Ketua Menteri Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Lumadan

Lebih lanjut